Friday, October 16, 2009

Strategi Si Isteri

"Aliyah,Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,! sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Penghabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi
satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah. "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia sendiri diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf.
Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Kepada:
Asraf Mukmin,

Suami tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Baru harum pewanginya seakan sepanjang masa, berlawanan dgn Aliyah..
Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk
dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain.
Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. T! api, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg anya
pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah
di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food
tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian
nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah
minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibupada zuriat Abg yang
lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti
untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun
kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu
persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1
hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan
Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajatAbg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.

Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
*************************************
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Sunday, October 11, 2009

Saturday, October 10, 2009

Rumahtangga



.........renungkanlah..........

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap
mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka
telah berpadu dalam satu ikatan, tetapi sebenarnya 'cabaran-dugaan hidup'
yang lebih mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin
kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula 'cabaran-dugaan-masalah'.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua,
tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup
menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera
mereka hingga ke akhir hayat... Tidak kurang juga pasangan yang kecundang,
karam dan lemas... Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai Penasihat... Dan
berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat juga boleh
menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut. Jangan ambil
penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), 'perkahwinan itu sendiri'
"mengambil masa" untuk 'proses penyesuaian' antara lelaki dan wanita.
Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita
sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka
sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..." Ada yang berjaya dan
ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau
perkenalan... Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...

Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...
Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, 'suami dan isteri', bagaimana
mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut?

Setiap pasangan meng'impi'kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau
impian mereka. Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...

Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng'angan'kan
suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan
lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-
ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)

Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,

"Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman
kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan
persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api
cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu..."

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...

Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, " Aku
mahu keluarga bahagia."

Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga
bahagia `tidak ujud' hanya dengan kata-kata... Ia memerlukan kesabaran,
usaha dan yang paling utama pengorbanan... Pengorbanan suami-isteri ke arah
itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu
(teori). Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!

"Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal"

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku
ingin merealisasikan sampai bila-bila... kerana aku berpendapat,
keharmonian itu bermula dari rumah... "Rumahku, Syurgaku."

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang
bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..

Ingatlah perpatah ini "LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS..."

Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh
di tempa... Jangan kau jadi sekeras batu? kerana batu tidak mudah untuk
dibentuk... Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita 'cerdik'... Cerdik bukan hanya kerana
ijazahnya kelas pertama.. tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal
pentadbiran rumahtangga... Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam
kebuntuan... Cerdik mendidik anak-anak, Cerdik dalam 'argument' dan lojik?.
Jangan hanya jadi 'pak turut'?

Wanita pula dambakan lelaki yang 'alert'...
Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...
Jangan biarkan masalah menjadi 'api dalam sekam...'
Bila parah, baru hendak bertindak... Saat itu mungkin sudah TERlambat,
kerana 'sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi
keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak
menyekutui Allah dan RasulNya...

Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan
isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

'Beriman dan bertanggungjawab' memainkan peranan yang penting dalam
rumahtangga...Dan, jangan sesekali menuntut "suami" sahaja, atau "isteri"
sahaja memainkan peranan...

Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri."

Itu la taarif "perkongsian hidup"... Peranan kedua-dua.
"Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang
berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama 'suami dan isteri...'

'Teori' jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita... TETAPI
kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB
masing-masing...('menunjukkan' di sini bukan bermaksud untuk
dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang. Isteri
WAJIB beri peringatan... Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali gentar
atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami... Biar dia marah kita,
katakan, 'Allah lebih marah perbuatanmu...' Dan, katakan 'kita hanya takut
kepada kemurkaan Allah...' Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia
akan tersedar dan ber'terima kasih' kerana menyedarkanya dari kelalaian
itu... Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan... Biarkan dia
berbantah... Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk
memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah
pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap
kepimpinanmu?"

Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka
perlu "berganding bahu" dengan utuh untuk membentuk 'keluarga bahagia...'
Jangan sesekali `suami' menunding kepada 'isteri' atau 'isteri' menunding
kepada 'suami' bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana
jika salah seorang mereka 'sedar' terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak
'diberi peringatan' kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...

Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut, tetapi 'tegas' atau 'keraskan' suaramu jika
terdapat KEDEGILAN di situ... Jangan biarkan 'dia' mempermainkan perintah
Allah SWT!

Alam perkahwinan itu 'amat manis'...semanis berbulan madu, tetapi menjadi
'amat pahit'...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang
sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...

Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang 'perfect'...tetapi
memadai, "tanggungjawab" kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita
dan anak-anak...

Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...

Dan pesanan terakhir, "Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai,
kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak merehatkan rohani
dan jasmani?dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan Allah...pasangan anda
meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi tekanan jiwa yang teruk
pulak..."