skip to main |
skip to sidebar
Catatan Harian Anis Hani
Catatan harian ini adalah versi Bahasa Melayu 'Dear Diary'. Namun begitu, intipati dan artikelnya tidak sama. Anis semememangnya suka menulis dan agak sukar untuk berhenti sebegitu saja walau atas apa sebab sekalipun. Anis bukan Anis. Cuma nama pena menutup identiti diri.
Bismillah..
Catatan Harian ini kebanyakannya berkisar tentang apa saja berkaitan soal hati, perasaan, undang undang dan wanita dalam mengharungi kehidupan.
Umum mengetahui bahawa orang ketiga boleh merosakkan sebuah rumahtangga. Orang ketiga bukan sahaja lelaki atau wanita asing tetapi juga dari kalangan ahli keluarga sendiri. Perbuatan memecah belah atau menjadi dalang adalah dilihat sebagai berdosa dan boleh dikenakan tindakan undang undang jenayah syariah.
Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah1997 (Akta 559):
'Mana mana orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengannya apa apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang telah ditentukan oleh suaminya adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabit boleh didenda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua duanya dan mahkamah boleh memerintahkan perempuan itu supaya kembali kepada suaminya'.
Seksyen 38 Akta yang sama:
'Mana mana orang yang memaksa atau memujuk atau menghasut mana mana lelaki atau perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawab sebagai suami atau isteri adalah melakukan kesalahan dan apabila disabit boleh didenda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua duanya'.
Umum mengetahui dan umum juga tidak mengetahui..